Kursus Bahasa Arab Kilat Muraqqaz dibina berdasar modul khas oleh Ustaz Urwahtul Wusqa. Beliau berkelulusan Universiti Islam Madinah dan UKM. Kursus ini dijalankan dalam tempoh masa yang singkat (16 Jam) mencakupi semua aspek penggunaan Bahasa Arab termasuk tatabahasa (nahwu dan Saraf).
Objektif
1. Membuat pendedahan Bahasa Arab secara syumul.
2. Mengajarkan teknik-teknik percakapan dan pembacaan kitab secara mudah.
3. Mengajar cara mendalami Bahasa Arab dengan tahap yang betul.
Tempat
Pusat Pendidikan & Latihan WAHDAH
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Tarikh / Masa
25 - 27 Disember 2009 / 9 pagi hingga 1 tengahari
Sasaran Peserta
Lelaki & Perempuan berusia 15 tahun ke atas.
Yuran
RM 100 (termasuk kos Modul dan Pensijilan)
Metodologi
1. Ceramah dan bengkel
2. LDK (latihan dalam kumpulan)






